Sila CLICK kat sini. sure xmenyesal.

Monday, May 30, 2011

kerja bila bosan - stillife

Suicide

Egg Reflection

The Dead Rose

Love Coffee


Take my hands and Hold me FOREVER

Sunday, May 8, 2011

its all about Lovely

22 MARCH 2011, tarikh ida mula kerja kat lovely Lace Baby as a sales assistant aka promoter lah. butik yg wangi dan lovely sangat bak kata customer.. (lovely lah sangat kan)..haha..
jyea, ida, nadia(skinfood), ely... 3 awek lovely lace baby.. ^_^

my breakfast almost every morning.Hotcake

* Cleaning time..yang ni kitorang buat bila rasa terlebih rajin la. mask penting untuk self protection ye. kalau tidak besok gi kerja ada yg selsema la, demam la. xpn MC. habuk banyak sangat.

* ni plak aktiviti kitorang bila waktu rehat...yela rehat sejam nk buat ape kan.makan setengah jam, lagi setengah jam dok lepak dlm fitting room la.tu pn kalau xde customer.

* baru-baru ni lepas jyea berhenti sambung study, shaz pulak masuk gantikan tempat jyea. so ada awek baru la. kalau tidak, harapkan ida dgn ely je. xcuti la kitorang.

Thursday, March 17, 2011

Cute childhood song

malam ni tiba-tiba pulak teringat pasal lagu masa zaman kanak-kanak dulu.. masa korang kecik-kecik dulu pun mesti ada lagu yang korang suka nyanyi kan. especially zaman tadika. cikgu tadika ida dulu selalu ajar menyanyi.. nyanyi ramai-ramai dengan kawan-kawan setadika..seronk pulak bila teringat balik zaman kanak-kanak dulu. kalaulah boleh balik ke zaman tu. dulu xde pencemaran macam sekarang. xde org culik budak macam zaman sekarang.




Twinkle-twinkle little star (sleeping song)




Alphabet song.. ^_^



Incy Whincy Spider Song..




Old MacDonald had a farm..




Rain-rain go away, come again another day

Haha.. Hope you enjoy my childhood song.. and if its make you happy..just enjoy this next song and sing along if you don't mind. JUST HAVE FUN!!..


Sunday, March 6, 2011

27.02.2011 First Year Anniversary at Genting

1 dan 2/3/2011..selama 2hari 1mlm, 4 pasangan buat keputusan untuk naik dan have fun kat genting Highlands untuk celebrate event masing-masing.. Ida dan Ariff celebrate our First Year Anniversary, Aeis dan Nedia celebrate Birthday aeis yg ke 24tahun, Along dan Amy celebrate diorang punya First Year Annivesary jugak, dan Pasangan suami isteri Luqman dan Lin pergi Honeymoon.. memang have fun sgt dgn diorang.

ida,ariff,nedia,aeis,luqman,lin,along,amy


rehat jap kat chocolate Wondeland

The Guys


The Girls


bergambar tgh hujan



* Video *


HAPPY OUR FIRST YEAR ANNIVERSARY!! MOHD NOOR ARIFF, i love u so much.
with a little fight, misunderstand, and tears but we still fight for our love. My love for you is a journey, starting at forever, and ending at never. may our love last forever.. ((your lover,ida))

P/S : * SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN LIN & LUQMAN.

*HAPPY BIRTHDAY TO MY BFF AEIS AIZAD.

*CONGRATULATION TO AMY & ALONG FOR THEIR FIRST YEAR ANNIVERSARY

Friday, June 18, 2010

“Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

Jawapan Untuk Statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!”

As-Salaamu ‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary
http://an-nawawi.blogspot.com/

Allahu a’lam…

Friday, May 28, 2010

-just filling my free time- meet my photography collection.


Location : Lcct station, Putrajaya Central
Time : 8 pm
Description : fast train, it only takes 15 minutes from KLIA to KL Central.


Location : Putrajaya
Time : 7.40pm
description : none (just enjoy the picture)



Location : Lumut, Perak
time : 6.30 pm
Description : i like the cloud very much. very nice cloud. the sun out of the blend into the cloud.



Location : level 6, Cyberia Condominium, Cyberjaya
time : about 7.30pm
Description : nothing more to tell, it just nice sky during sunset..i was holding my Canon DSLR at that time,then i look at the sky, it look just nice, then i capture this.


Monday, May 10, 2010

Diploma Show 2010

Empat bulan bertungkus lumus k siapkan 14 artwork untuk exhibition Diploma Show Final year 2010. akhirnya siap jugak. berhabis duit,tenaga,airmata..perghh.

Me and my artwork

Sport Photograpy

Landscape Photography


Photo Manipulation


Stillife


Experimental Photography



Food and Drink

selain ni, ada lagi 9 artwork seperti.. fashion photography, industry, stillife.